Thursday, 30 April 2015

SEPANJANG PROSES

I CARE, U CARE, EVERYONE OK


     Masuk minggu ke-10,  kami dalam proses membuat project kami----Clothes' Saviour. Kami begitu semangat tinngi dan ingin menyiapkannya dalam 1 hari. Kami telah mengumpulkan bahan kami yang telah disediakan semasa cuti seminggu. 

     Pada  24 April 2015(Jumaat), satu perjumpaan ringkas telah dilakukan. Bahan telah dibawa dan perbincangan terakhir antara 4 ahli kumpulan tentang  cara membuat clothes saviour.






 <<PENENTUAN TERAKHIR BAHAWA MAU GUNA KAYU PAPAN ATAU TIDAK>>


   

Wednesday, 22 April 2015

I CARE, U CARE, EVERYONE OK


I CARE, U CARE, EVERYONE OK


      Sepanjang menjalani projek Pembangunan Diri II, kami telah menghadapi banyak masalah. 
Tetapi disebabkan dengan sifat toleransi dan berkerjasama semua ahli kumpulan, masalah telah 
diselesaikan dengan baik. Ketua kumpulan group kami ialah Aifa, dia seorang yang bersifat 
bertanggungjawab dan mampunyai ciri kepimpinan. Dia telah membahagikan kerja kepada ahli-ahli kumpulan ICARE secara adil. Pada masa yang sama, dia juga merupakan seorang yang prihatin kerana tidak memaksa kami bahawa mesti menyiapkan sesuatu tugusan yang diberikan. 




<<KETUA KUMPULAN KAMI, AIFA TELAH MEMBAHAGIKAN KERJA>>



<<AIFA MENUNJUKKAN SIFAT KEPIMPINANNYA DENGAN TIDAK MEMAKSA SEMUA AHLI KUMPULAN.
AIFA JUGA MENGHARGAI KERJASAMA ANTARA SEMUA AHLI KUMPULAN>>



Selain itu, ahli kumpulan kami telah juga menyumbangkan komitmen yang tinggi kepada projek ini. 
Walaupun tidak dapat jumpa dan bincang secara “face to face” semasa mid sem break, kami sentiasa menghubungi ahli kumpulan ICARE melalui whatapps. Tetapi reflesi kami semua ialah sesuatu masalah akan diseleaikan dengan lebih cepat, baik dan efisien jika kita berjumpa dan bincang




 bersama-sama. 


























<<AHLI KUMPULAN TELAH BERBINCANG BAGAIMANA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH>>


Akhir sekali, ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas nasihat dan ajaran lecturer kami, iaitu Puan Fatin. Amat bersyukur mempunyai puan sebagai lecturer Pembangunan Diri II. Puan juga 
merupakan seorang lecturer yang agak moden, disebabkan puan merupakan lecturer yang pertama 
saya jumpai menggunakan Facebook sebagai media komunikasi dengan mahasiswa mahasiswi. 
Selain itu, puan juga mengadakan FB Onspot Session dengan semua mahasiswa/i PD II.






<<KETUA KUMPULAN TELAH MENGHUBUNGI LECTURER KITA MELALU FB MESSENGER>>


WRITTEN BY NG CHEW SEAN

Tuesday, 7 April 2015

PENENTUAN BAHAN PRODUK



PENENTUAN BAHAN PRODUK

Kuliah diadakan pada minggu ini (1/4/15),kumpulan kami telah menghadiri kuliah dan seterusnya menjalankankan perjumpaan kumpulan yang ke5. 


Perjumpaan kali ini adalah untuk membincangkan bahan yang paling sesuai selepas mendapat ukuran yang diukur oleh ahli kumpulan kami ,Khoo pada minggu yang lepas.Penentuan bahan produk yang paling sesuai telah dijalankan,dan berikutnya merupakan bahan yang akan dibeli dan sebabnya.

KULIAH PEMBANGUANAN DIRI
PERJUMPAAN KUMPULAN 

CLOTHES' SAVIOUR

Produk kami (clothes' saviour) dibahagikan kepada bahagian A,B,C dan D. Bahan telah ditentukan untuk setiap bahagian dari segi ukuran,ketahanan dan praktikal.Ini merupakan reka bentuk produk kami,



BAHAGIAN A

Kami telah memilih pembalut buku yang tebal dan panjang untuk menghasilkan bahagian A produk kami iaitu bahagian yang paling penting dalam produk ini.

 Sebab:
 Pembalut buku terdiri daripada pelbagai jenis dan di antaranya memenuhi ciri bahagian A iaitu
1. Pembalut buku yang tebal dan     panjang.
2. Pembalut buku tebal       mempunyai tahanan yang kuat (tidak mudah terkoyak) dan senang digulung.
3. Yang penting sekali,pembalut buku mempunyai ciri telus (dapat  dilalui sinaran matahari) dan juga kalis air (baju di bawah      tidak akan kena air dari aras atas dan juga semasa hujan lebat).
4. Selain itu pembalut buku tebal senang dicari di pasaran ,murah dan juga ringan.


BAHAGIAN B

Penyangkut yang berbentuk S atau P yang ada dalam pasaran merupakan bahan bagi bahagian B.



Sebab:
1. Penyangkut S dan P senang dicari dalam pasaran.
2. Penyangkut tidak berbentuk terlampau besar atau kecil oleh itu saiz dan rupa boleh muat dengan hujung  produk  kami (batang besi yang diguna untuk menyambungkan tali-tali )
3. Penyangkut S dan P mempunyai tegangan yang kuat dan dapat menyambung dan menarik bahagian A.





BAHAGIAN C

Bahagian C adalah tempat untuk menyimpan plastik (bahan bagahian A). Plastik akan digulungkan di bahagian C dengan mengaplikasikan spring atau teori yang digunakan dalam Screen projector and measuring tape (untuk membolehkan plastic akan digulung secara automatic). Oleh itu bahan yang telah dipilih ialah paip PVC.

Sebab :
1. Paip PVC tebal dan keras (tidak mudah putus dan bengkok )
2. Paip PVC tidak karat.
3. Paip PVC ringan (tidak menjadi beban kepada pengangkut )
4. PVC berlubang di tengah mempunyai tempat untuk meletak penyangkut yang akan menempatkan bahagian C di bahagian D dengan stabil.


BAHAGIAN D

Bahagian D ialah tempat untuk meyimpan bahagian C supaya plastic dilindungi apabila tidak digunakan. Dengan ini, plastic kami tidak mudah rosak dan boleh digunakan dengan lama. Bahagian D berbentuk segi empat tetapi salah satu permukaan adalah kosong supaya plastic dapat dikeluarkan dari sana. Kayu telah dipilih sebagai bahan bahagian ini.


Sebab:
1. Kayu mudah membentuk segi empat dengan mengguna paku
2. Kayu mudah dijumpa dalam pasaran dan juga murah harganya
3. Kayu keras dan stabil.
4.Kayu dapat dicat dengan pelbagai warna yang menarik.
5.Walaupun kayu berciri serap air,tetapi kami boleh menggunakan syelek dan cat untuk menjadikannya kalis air dan tahan lama.

BAHAGIAN E

Bahagian E merupakan penyangkut yang akan menstabilkan produk kami dengan menyangkut diding di tepi produk kami. Dengan ini, produk kami tidak akan jatuh ataupun gerak ke depan dan belakang. Kami akan mencari penyangkut stainless steel sedia ada yang berupa bentuk seperti yang dirangkakan.Jika tidak dapat cari penyangkut berbentuk seiras dengan rangka bentuk kami, kami akan memilih bahan yang murah dan mudah dibentukkan. 

Sebab:
1.Penyangkut stainless steel tidak karat.
2.Penyangkut stainless steel kuat tetapi ringan.



Kesimpulannya,bahan produk telah ditetapkan dan ini telah memudahkan kumpulan kami untuk meneruskankan langkah seterus untuk menjayakan produk ini. Ahli kumpulan  telah memberi kerjasama dan menyatakan pandangan sendiri terhadap bahan produk walaupun dalam masa yang singkat. Semoga kerja yang seterusnya dapat dijalankaN dengan lancar atas kejayaan perbincangan kali ini.
                  



Disediakan oleh:
LIM YING XIN A148548 :D