WE SHARE WE CARE
I CARE U CARE EVERYONE OK
Thursday, 14 May 2015
Tuesday, 12 May 2015
Proses Terakhir~
Selamat petang semua~~ ya,is us "I CARE" group again!
Pada 5/5/2015 (Selasa), kumpulan kami telah berkumpul di Kolej Tun Syed Nasir,Block H pada pukul 7.30 petang untuk menyiapkan produk projek kami.
Pada beberapa minggu yang lepas,kami telah mengukur saiz plastik dari segi panjang dan lebar supaya saiz plastik tersebut adalah sesuai dengan ukuran ampaian di KTSN. Kami juga berjaya menggulungkan plastik dan melekatkan ia ke paip PVC walaupun kami telah gagal beberapa kali disebabkan oleh ketidaksamaan rata plastik tersebut.
Oleh itu...Misi kami pada malam ini ialah menyiapkan kerja-kerja yang belum disiapkan dan juga memasang produk kami di ampaian!
MASA UNTUK BEKERJA!!
Kami telah mencucuk satu lubang di paip PVC supaya boleh memasangkan pemegang tangan di paip tersebut. Fungsi pemegang tangan ini adalah untuk membantu kami menggulungkan plastik semula apabila ia tidak digunakan.
I CARE!!BOLEH!!!
Pada 5/5/2015 (Selasa), kumpulan kami telah berkumpul di Kolej Tun Syed Nasir,Block H pada pukul 7.30 petang untuk menyiapkan produk projek kami.
Pada beberapa minggu yang lepas,kami telah mengukur saiz plastik dari segi panjang dan lebar supaya saiz plastik tersebut adalah sesuai dengan ukuran ampaian di KTSN. Kami juga berjaya menggulungkan plastik dan melekatkan ia ke paip PVC walaupun kami telah gagal beberapa kali disebabkan oleh ketidaksamaan rata plastik tersebut.
Oleh itu...Misi kami pada malam ini ialah menyiapkan kerja-kerja yang belum disiapkan dan juga memasang produk kami di ampaian!
![]() |
semasa menunggu kedatangan ahli-ahli lain di block H |
![]() |
Eugene telah melubangkan paip PVC dengan hammer dan "Screwdriver" |
Kami telah menggunakan penyangkut yang dibuat daripada keluli tahan karat sebagai pemegang tangan kami. Hujung penyangkut itu akan disangkut pada lubang paip PVC supaya ia akan stabil dan mampu berputar besama dengan paip PVC apabila kami menggulungkan plastik tersebut.
Gambar ini menunjukkan kami sedang memotong paip PVC dengan menggunakan gegaji. Paip PVC harus dipotong supaya panjang paip PVC akan sama dengan panjang ampaian di KTSN.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pak cik yang amat berbaik hati dari tong puan kerana sudi meminjam kami gegaji tangan =D !!!
Selepas ini......Tibalah masa untuk memasangkan produk kami di ampaian!!
Kami telah menggunakan wayar yang ditunjuk seperti di atas untuk menyikatkan produk kami di ampaian. Kami memilih wayar ini kerana ia sangat tebal dan telah dililitkan oleh plastik. Ini mampu menahan wayar tersebut daripada menjadi karat jika dikenakan hujan.
Kami telah menggunakan selama dua jam untuk memasangkan produk kami di ampaian, kami telah gagal beberapa kali kerana panjang paip PVC tidak sama dengan panjang ampaian. Oleh itu,kami terpaksa memotong paip PVC sekali lagi sehingga ia sesuai dengan ukuran ampaian di KTSN.
Selepas 4 jam...AKHIRNYA KAMI TELAH BERJAYA!!!
Kami berasa amat gembira dan bangga apabila melihat produk kami telah disiapkan dan dipasang di ampaian KTSN. Walaupun kelihatan produk kami tidak berapa cantik, tetapi produk ini telah melambangkan kerjasama dan perpaduan dari kumpulan kami.
![]() |
Produk kami!!!THE CLOTHES' SAVIOUR |
Disediakan oleh
Yong Pei Ee (A150401) =D
Thursday, 30 April 2015
SEPANJANG PROSES
I CARE, U CARE, EVERYONE OK
Masuk minggu ke-10, kami dalam proses membuat project kami----Clothes' Saviour. Kami begitu semangat tinngi dan ingin menyiapkannya dalam 1 hari. Kami telah mengumpulkan bahan kami yang telah disediakan semasa cuti seminggu.
Pada 24 April 2015(Jumaat), satu perjumpaan ringkas telah dilakukan. Bahan telah dibawa dan perbincangan terakhir antara 4 ahli kumpulan tentang cara membuat clothes saviour.
Wednesday, 22 April 2015
I CARE, U CARE, EVERYONE OK
I CARE, U CARE, EVERYONE OK
Sepanjang menjalani projek Pembangunan Diri II, kami telah menghadapi banyak masalah.
Tetapi disebabkan dengan sifat toleransi dan berkerjasama semua ahli kumpulan, masalah telah
diselesaikan dengan baik. Ketua kumpulan group kami ialah Aifa, dia seorang yang bersifat
bertanggungjawab dan mampunyai ciri kepimpinan. Dia telah membahagikan kerja kepada ahli-ahli kumpulan ICARE secara adil. Pada masa yang sama, dia juga merupakan seorang yang prihatin kerana tidak memaksa kami bahawa mesti menyiapkan sesuatu tugusan yang diberikan.
<<KETUA KUMPULAN KAMI, AIFA TELAH MEMBAHAGIKAN KERJA>>
![]() |
<<AIFA MENUNJUKKAN SIFAT KEPIMPINANNYA DENGAN TIDAK MEMAKSA SEMUA AHLI KUMPULAN. AIFA JUGA MENGHARGAI KERJASAMA ANTARA SEMUA AHLI KUMPULAN>> |
Selain itu, ahli kumpulan kami telah juga menyumbangkan komitmen yang tinggi kepada projek ini.
Walaupun tidak dapat jumpa dan bincang secara “face to face” semasa mid sem break, kami sentiasa menghubungi ahli kumpulan ICARE melalui whatapps. Tetapi reflesi kami semua ialah sesuatu masalah akan diseleaikan dengan lebih cepat, baik dan efisien jika kita berjumpa dan bincang
![]() |
bersama-sama.
![]() |
<<AHLI KUMPULAN TELAH BERBINCANG BAGAIMANA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH>>
Akhir sekali, ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas nasihat dan ajaran lecturer kami, iaitu Puan Fatin. Amat bersyukur mempunyai puan sebagai lecturer Pembangunan Diri II. Puan juga
merupakan seorang lecturer yang agak moden, disebabkan puan merupakan lecturer yang pertama
saya jumpai menggunakan Facebook sebagai media komunikasi dengan mahasiswa mahasiswi.
Selain itu, puan juga mengadakan FB Onspot Session dengan semua mahasiswa/i PD II.
![]() |
<<KETUA KUMPULAN TELAH MENGHUBUNGI LECTURER KITA MELALU FB MESSENGER>>
WRITTEN BY NG CHEW SEAN
Tuesday, 7 April 2015
PENENTUAN BAHAN PRODUK
PENENTUAN BAHAN PRODUK
Kuliah diadakan pada minggu ini (1/4/15),kumpulan kami telah menghadiri kuliah dan seterusnya menjalankankan perjumpaan kumpulan yang ke5.
Perjumpaan kali ini adalah untuk membincangkan bahan yang paling sesuai selepas mendapat ukuran yang diukur oleh ahli kumpulan kami ,Khoo pada minggu yang lepas.Penentuan bahan produk yang paling sesuai telah dijalankan,dan berikutnya merupakan bahan yang akan dibeli dan sebabnya.
![]() |
KULIAH PEMBANGUANAN DIRI |
![]() |
PERJUMPAAN KUMPULAN |
CLOTHES' SAVIOUR
Produk kami (clothes' saviour) dibahagikan kepada bahagian A,B,C dan D. Bahan telah ditentukan untuk setiap bahagian dari segi ukuran,ketahanan dan praktikal.Ini merupakan reka bentuk produk kami,
BAHAGIAN A
Kami telah memilih pembalut buku yang tebal dan panjang untuk menghasilkan bahagian A produk kami iaitu bahagian yang paling penting dalam produk ini.

Pembalut buku terdiri daripada pelbagai jenis dan di antaranya memenuhi ciri bahagian A iaitu
1. Pembalut buku yang tebal dan panjang.
2. Pembalut buku tebal mempunyai tahanan yang kuat (tidak mudah terkoyak) dan senang digulung.
3. Yang penting sekali,pembalut buku mempunyai ciri telus (dapat dilalui sinaran matahari) dan juga kalis air (baju di bawah tidak akan kena air dari aras atas dan juga semasa hujan lebat).
4. Selain itu pembalut buku tebal senang dicari di pasaran ,murah dan juga ringan.
BAHAGIAN B
Penyangkut yang berbentuk S atau P yang ada dalam pasaran merupakan bahan bagi bahagian B.

Sebab:
1. Penyangkut S dan P senang dicari dalam pasaran.
2. Penyangkut tidak berbentuk terlampau besar atau kecil oleh itu saiz dan rupa boleh muat dengan hujung produk kami (batang besi yang diguna untuk menyambungkan tali-tali )
3. Penyangkut S dan P mempunyai tegangan yang kuat dan dapat menyambung dan menarik bahagian A.
BAHAGIAN C
Bahagian C adalah tempat untuk menyimpan plastik (bahan bagahian A). Plastik akan digulungkan di bahagian C dengan mengaplikasikan spring atau teori yang digunakan dalam Screen projector and measuring tape (untuk membolehkan plastic akan digulung secara automatic). Oleh itu bahan yang telah dipilih ialah paip PVC.
Sebab :
1. Paip PVC tebal dan keras (tidak mudah putus dan bengkok )
2. Paip PVC tidak karat.
3. Paip PVC ringan (tidak menjadi beban kepada pengangkut )
4. PVC berlubang di tengah mempunyai tempat untuk meletak penyangkut yang akan menempatkan bahagian C di bahagian D dengan stabil.
BAHAGIAN D
Bahagian D ialah tempat untuk meyimpan bahagian C supaya plastic dilindungi apabila tidak digunakan. Dengan ini, plastic kami tidak mudah rosak dan boleh digunakan dengan lama. Bahagian D berbentuk segi empat tetapi salah satu permukaan adalah kosong supaya plastic dapat dikeluarkan dari sana. Kayu telah dipilih sebagai bahan bahagian ini.
Bahagian D ialah tempat untuk meyimpan bahagian C supaya plastic dilindungi apabila tidak digunakan. Dengan ini, plastic kami tidak mudah rosak dan boleh digunakan dengan lama. Bahagian D berbentuk segi empat tetapi salah satu permukaan adalah kosong supaya plastic dapat dikeluarkan dari sana. Kayu telah dipilih sebagai bahan bahagian ini.
Sebab:
1. Kayu mudah membentuk segi empat dengan mengguna paku
2. Kayu mudah dijumpa dalam pasaran dan juga murah harganya
3. Kayu keras dan stabil.
4.Kayu dapat dicat dengan pelbagai warna yang menarik.
5.Walaupun kayu berciri serap air,tetapi kami boleh menggunakan syelek dan cat untuk menjadikannya kalis air dan tahan lama.
BAHAGIAN E
Bahagian E merupakan penyangkut yang akan menstabilkan produk kami dengan menyangkut diding di tepi produk kami. Dengan ini, produk kami tidak akan jatuh ataupun gerak ke depan dan belakang. Kami akan mencari penyangkut stainless steel sedia ada yang berupa bentuk seperti yang dirangkakan.Jika tidak dapat cari penyangkut berbentuk seiras dengan rangka bentuk kami, kami akan memilih bahan yang murah dan mudah dibentukkan.
Sebab:
1.Penyangkut stainless steel tidak karat.
2.Penyangkut stainless steel kuat tetapi ringan.
Kesimpulannya,bahan produk telah ditetapkan dan ini telah memudahkan kumpulan kami untuk meneruskankan langkah seterus untuk menjayakan produk ini. Ahli kumpulan telah memberi kerjasama dan menyatakan pandangan sendiri terhadap bahan produk walaupun dalam masa yang singkat. Semoga kerja yang seterusnya dapat dijalankaN dengan lancar atas kejayaan perbincangan kali ini.
Disediakan oleh:
LIM YING XIN A148548 :D
Monday, 30 March 2015
Nama Produk
Clothes’
Saviour
Kegunaan
Menutup
baju yang disidai untuk mengelakkan baju yang disidai daripada terkena air dari
aras yang lebih tinggi.
Proses Pengukuran
Sebelum menentukan ukuran untuk
produk kumpulan kami, pengukuran telah
dibuat pada ampaian di blok-blok kediaman Kolej Tun Syed Nasir(KTSN) supaya saiz
produk kami adalah sesuai dengan ukuran ampaian di KTSN.
Kami telah membuat ukuran dari segi
tinggi, lebar dan panjang ampaian di KTSN. Di bawah merupakan gambar-gambar dan
ukuran ampaian di KTSN:
Panjang Ampaian : 288.5cm
Lebar Ampaian : 55cm
Lebar Ampaian (Tolak jarak dinding) : 45cm
Lebar Dinding : 10.5cm
Tinggi Pemegang Ampaian : 15cm
Melalui
ukuran yang kami ambil daripada ampaian di KTSN, kami telah membuat anggaran secara
kasar terhadap saiz produk kami.Di bawah merupakan gambar dan anggaran bagi ukuran
produk kami:
A : 288.5cm ± 25cm
B : 45cm ± 1cm
C : 10.5cm ± 0.5cm
D : 15cm ± 1cm
Refleksi
Dalam
minggu ini, kami telah menghadapi masalah seperti minggu lepas, iaitu tidak
dapat mencari masa yang sesuai untuk mengadakan perbincangan. Walau bagaimanapun,
akhirnya kami telah berjaya meluangkan masa untuk mengadakan perbincangan.
Perbincangan kami telah diadakan pada 30hb Mac 2015(Isnin), dari 8pm hingga 9pm
bertempat di ruang sebelah K-Shop Kolej Tun Syed Nasir.
Pada
minggu lepas, kami telah membincangkan tentang bahan yang perlu digunakan untuk
menghasilkan produk kami. Selepas perbincangan minggu ini, kami sebulat
suara telah bersetuju untuk mendapatkan ukuran ampaian di Kolej Tun Syed Nasir dan
membuat anggaran secara kasar terhadap ukuran produk kami dahulu sebelum membuat keputusan
untuk membeli bahan yang diperlukan. Hal ini demikian kerana dapat menjimatkan masa
dan memudahkan kami memilih bahan yang sesuai untuk menghasilkan produk kami.
Pada masa yang sama, pembaziran wang disebabkan silap membeli bahan juga dapat
dielakkan.
Sesi pengukuran ampaian di Blok D Kolej Tun Syed
Nasir telah diadakan selepas perbincangan minggu ini. Kami telah mengukur
ampaian dari segi panjang ampaian, lebar ampaian, lebar ampaian (tolak jarak
dinding), lebar dinding dan tinggi ampaian. Di sini kami juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada senior tahun empat, saudari Lim San Mei dari Optometri, Fakulti Sains Kesihatan
kerana sudi meminjam alat pengukur kepada kami. Dengan adanya alat ukur
tersebut, proses pengukuran ini telah dijalankan dengan sangat lancar. Anggaran
secara kasar terhadap ukuran produk kami juga telah dibuat.
Selain itu, kami juga telah membuat tinjauan di
Kolej Tun Syed Nasir untuk mendapatkan pendapat warga kolej terhadap produk
yang kami akan hasilkan. Dengan ini, kami dapat mengetahui tentang keperluan
warga kolej dan seterusnya cuba sedaya upaya untuk membuat perubahan serta
penambahbaikkan produk kami. Kami telah menghadapi masalah semasa membuat
tinjauan di kolej. Disebabkan kebanyakan warga kolej sibuk dengan aktiviti
masing-masing, kami telah menghadapi kesusahan semasa mencari warga kolej untuk
menerima tinjauan kami. Tetapi, usaha tangga kerjayaan, akhirnya kami telah
berjaya mencari beberapa warga kolej yang sudi menerima tinjauan kami. Ribuan terima
kasih diucapkan atas kesudian warga kolej meluangkan masa untuk menerima
tinjauan kami.
Kesimpulannya, misi kami untuk minggu ini, iaitu
membuat pengukuran dan anggaran ukuran produk serta tinjauan terhadap produk,
telah berjaya diselesaikan atas kerjasama dan usaha ahli kumpulan ICARE.
BOLEH!
BOLEH!
BOLEH!
Disediakan oleh,
KHOO ZHENG YUAN >.<
Subscribe to:
Posts (Atom)