Tuesday, 12 May 2015

Proses Terakhir~

Selamat petang semua~~ ya,is us "I CARE" group again!

Pada 5/5/2015 (Selasa), kumpulan kami telah berkumpul di Kolej Tun Syed Nasir,Block H pada pukul 7.30 petang untuk menyiapkan produk projek kami.
Pada beberapa minggu yang lepas,kami telah mengukur saiz plastik dari segi panjang dan lebar supaya saiz plastik tersebut adalah sesuai dengan ukuran ampaian di KTSN.  Kami juga berjaya menggulungkan plastik dan melekatkan ia ke paip PVC walaupun kami telah gagal beberapa kali disebabkan oleh ketidaksamaan rata plastik tersebut.


 Oleh itu...Misi kami pada malam ini ialah menyiapkan kerja-kerja yang belum disiapkan dan juga memasang produk kami di ampaian!

semasa menunggu kedatangan ahli-ahli lain di block H

MASA UNTUK BEKERJA!!


Eugene telah melubangkan paip PVC dengan hammer dan "Screwdriver"
Kami telah mencucuk satu lubang di paip PVC supaya boleh memasangkan pemegang tangan di paip tersebut. Fungsi pemegang tangan ini adalah untuk membantu kami menggulungkan plastik semula apabila ia tidak digunakan.


Kami telah menggunakan penyangkut yang dibuat daripada keluli tahan karat sebagai pemegang tangan kami. Hujung penyangkut itu akan disangkut pada lubang paip PVC supaya ia akan stabil dan mampu berputar besama dengan paip PVC apabila kami menggulungkan plastik tersebut.



Gambar ini menunjukkan kami sedang memotong paip PVC dengan menggunakan gegaji. Paip PVC harus dipotong supaya panjang paip PVC akan sama dengan panjang ampaian di KTSN. 
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pak cik yang amat berbaik hati dari tong puan kerana sudi meminjam kami gegaji tangan =D !!!

Selepas ini......Tibalah masa untuk memasangkan produk kami di ampaian!! 

Kami telah menggunakan wayar yang ditunjuk seperti di atas untuk menyikatkan produk kami di ampaian. Kami memilih wayar ini kerana ia sangat tebal dan telah dililitkan oleh plastik. Ini mampu menahan wayar tersebut daripada menjadi karat jika dikenakan hujan.

Kami telah menggunakan selama dua jam untuk memasangkan produk kami di ampaian, kami telah gagal beberapa kali kerana panjang paip PVC tidak sama dengan panjang ampaian. Oleh itu,kami terpaksa memotong paip PVC sekali lagi sehingga ia sesuai dengan ukuran ampaian di KTSN.

Selepas 4 jam...AKHIRNYA KAMI TELAH BERJAYA!!!

Kami berasa amat gembira dan bangga apabila melihat produk kami telah disiapkan dan dipasang di ampaian KTSN. Walaupun kelihatan produk kami tidak berapa cantik, tetapi produk ini telah melambangkan kerjasama dan perpaduan dari kumpulan kami.

Produk kami!!!THE CLOTHES' SAVIOUR
I CARE!!BOLEH!!!

Disediakan oleh
Yong Pei Ee (A150401) =D





No comments:

Post a Comment