Thursday, 14 May 2015

PEMBENTANGAN CLOTHES SAVIOUR !!! ^,^

Selamat Petang semua~ Kami ialah kumpulan "I CARE" yang sentiasa bersemangat!!
 
Pertama kali, terima kasih atas sokongan yang diberikan sepanjang tahun ini. ^,^

Akhirnya~ kami dapat berkongsikan ciptaan yang kami hasilkan sepanjang pembelajaran ini iaitu ---------> "CLOTHES SAVIOUR" !!! TAHNIAH!!! ^^

Pada 6/5/15 (hari rabu) yang lepas, Kami telah membentangkan pembentangan dan ciptaan kami di hadapan semua rakan-rakan dan pensyarah kami di Dewan Kuliah 3,Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur pada pukul 2 petang. Semasa itu, ahli-ahli kumpulan termasuk saya telah menyediakan pembentangan dengan bersungguh-sungguh. 
 

Kenny, merupakan ahli kumpulan kami telah memulakan pembentangan dengan menceritakan masalah-masalah ying dihadapi oleh pelajar-pelajar yang tinggal di Kolej Tun Syed Nasir seperti baju yang letak di ampaian sentiasa dikena hujan kerana berada di dalam bilik kuliah semasa berhujan. Jadi, ini merupakan idea kami untuk menciptakan "Clothes Saviour" ini. 
 
Selain itu, ahli-ahli kumpulan kami telah mengangkatkan ciptaan kami untuk ditunjukan kepada rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah. Cara-cara mengunakan Clothes Saviour juga dijelaskan.
Ketua kumpulan kami,Aifaa telah berkongsikan kebaikan dan kelemahan produk itu dan menyatakan bahan-bahan yang digunakanuntuk menciptakan produk ini. 

Akhirnya, saya telah mengambil tanggungjawab untuk berkongsikan pengalaman kami sepanjang penciptaan Clothes Saviour ini. Saya telah menyatakan beberapa pengalaman yang kami perlajari sepanjang masa itu iaitu kepentingan kepimpinan, kekekalan, kreativiti dan juga pengurusan masa.
Selepas pembentangan kami, pensyarah kami telah memberikan "comment" yang bagus!! pensyarah menyatakan pembentangan kami adalah pembentangan yang paling bagus yang dia dapati sepanjang hari itu! 
Di samping itu, rakan-rakan juga menyatakan persembangan kami amat menarik dan ingin membelikan "Clothes Saviour" daripada kami. :) 


KAMI TELAH BERJAYA DALAM PEMBENTANGAN CLOTHES SAVIOUR!!! 

I CARE BOLEH!! 

WE SHARE WE CARE
I CARE U CARE EVERYONE OK!

Terima Kasih

Disediakan oleh,
Loh Chiew Yin (A151273) ^_^



Tuesday, 12 May 2015

Proses Terakhir~

Selamat petang semua~~ ya,is us "I CARE" group again!

Pada 5/5/2015 (Selasa), kumpulan kami telah berkumpul di Kolej Tun Syed Nasir,Block H pada pukul 7.30 petang untuk menyiapkan produk projek kami.
Pada beberapa minggu yang lepas,kami telah mengukur saiz plastik dari segi panjang dan lebar supaya saiz plastik tersebut adalah sesuai dengan ukuran ampaian di KTSN.  Kami juga berjaya menggulungkan plastik dan melekatkan ia ke paip PVC walaupun kami telah gagal beberapa kali disebabkan oleh ketidaksamaan rata plastik tersebut.


 Oleh itu...Misi kami pada malam ini ialah menyiapkan kerja-kerja yang belum disiapkan dan juga memasang produk kami di ampaian!

semasa menunggu kedatangan ahli-ahli lain di block H

MASA UNTUK BEKERJA!!


Eugene telah melubangkan paip PVC dengan hammer dan "Screwdriver"
Kami telah mencucuk satu lubang di paip PVC supaya boleh memasangkan pemegang tangan di paip tersebut. Fungsi pemegang tangan ini adalah untuk membantu kami menggulungkan plastik semula apabila ia tidak digunakan.


Kami telah menggunakan penyangkut yang dibuat daripada keluli tahan karat sebagai pemegang tangan kami. Hujung penyangkut itu akan disangkut pada lubang paip PVC supaya ia akan stabil dan mampu berputar besama dengan paip PVC apabila kami menggulungkan plastik tersebut.



Gambar ini menunjukkan kami sedang memotong paip PVC dengan menggunakan gegaji. Paip PVC harus dipotong supaya panjang paip PVC akan sama dengan panjang ampaian di KTSN. 
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pak cik yang amat berbaik hati dari tong puan kerana sudi meminjam kami gegaji tangan =D !!!

Selepas ini......Tibalah masa untuk memasangkan produk kami di ampaian!! 

Kami telah menggunakan wayar yang ditunjuk seperti di atas untuk menyikatkan produk kami di ampaian. Kami memilih wayar ini kerana ia sangat tebal dan telah dililitkan oleh plastik. Ini mampu menahan wayar tersebut daripada menjadi karat jika dikenakan hujan.

Kami telah menggunakan selama dua jam untuk memasangkan produk kami di ampaian, kami telah gagal beberapa kali kerana panjang paip PVC tidak sama dengan panjang ampaian. Oleh itu,kami terpaksa memotong paip PVC sekali lagi sehingga ia sesuai dengan ukuran ampaian di KTSN.

Selepas 4 jam...AKHIRNYA KAMI TELAH BERJAYA!!!

Kami berasa amat gembira dan bangga apabila melihat produk kami telah disiapkan dan dipasang di ampaian KTSN. Walaupun kelihatan produk kami tidak berapa cantik, tetapi produk ini telah melambangkan kerjasama dan perpaduan dari kumpulan kami.

Produk kami!!!THE CLOTHES' SAVIOUR
I CARE!!BOLEH!!!

Disediakan oleh
Yong Pei Ee (A150401) =D