Monday, 30 March 2015


Ukuran Produk




Nama Produk
Clothes’ Saviour

Kegunaan
Menutup baju yang disidai untuk mengelakkan baju yang disidai daripada terkena air dari aras yang lebih tinggi.

Proses Pengukuran
            Sebelum menentukan ukuran untuk produk kumpulan kami, pengukuran telah dibuat pada ampaian di blok-blok kediaman Kolej Tun Syed Nasir(KTSN) supaya saiz produk kami adalah sesuai dengan ukuran ampaian di KTSN.




            Kami telah membuat ukuran dari segi tinggi, lebar dan panjang ampaian di KTSN. Di bawah merupakan gambar-gambar dan ukuran ampaian di KTSN:



Panjang Ampaian : 288.5cm


Lebar Ampaian : 55cm


Lebar Ampaian (Tolak jarak dinding) : 45cm


Lebar Dinding : 10.5cm


Tinggi Pemegang Ampaian : 15cm

                   

               Melalui ukuran yang kami ambil daripada ampaian di KTSN, kami telah membuat anggaran secara kasar terhadap saiz produk kami.Di bawah merupakan gambar dan anggaran bagi ukuran produk kami:


                                                       A : 288.5cm ± 25cm
                                                       B : 45cm ± 1cm
                                                       C : 10.5cm ± 0.5cm
                                                       D : 15cm ± 1cm

Refleksi


            Dalam minggu ini, kami telah menghadapi masalah seperti minggu lepas, iaitu tidak dapat mencari masa yang sesuai untuk mengadakan perbincangan. Walau bagaimanapun, akhirnya kami telah berjaya meluangkan masa untuk mengadakan perbincangan. Perbincangan kami telah diadakan pada 30hb Mac 2015(Isnin), dari 8pm hingga 9pm bertempat di ruang sebelah K-Shop Kolej Tun Syed Nasir.

            Pada minggu lepas, kami telah membincangkan tentang bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan produk kami. Selepas perbincangan minggu ini, kami sebulat suara telah bersetuju untuk mendapatkan ukuran ampaian di Kolej Tun Syed Nasir dan membuat anggaran secara kasar terhadap ukuran produk kami dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli bahan yang diperlukan. Hal ini demikian kerana dapat menjimatkan masa dan memudahkan kami memilih bahan yang sesuai untuk menghasilkan produk kami. Pada masa yang sama, pembaziran wang disebabkan silap membeli bahan juga dapat dielakkan. 

            Sesi pengukuran ampaian di Blok D Kolej Tun Syed Nasir telah diadakan selepas perbincangan minggu ini. Kami telah mengukur ampaian dari segi panjang ampaian, lebar ampaian, lebar ampaian (tolak jarak dinding), lebar dinding dan tinggi ampaian. Di sini kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada senior tahun empat, saudari Lim San Mei dari Optometri, Fakulti Sains Kesihatan kerana sudi meminjam alat pengukur kepada kami. Dengan adanya alat ukur tersebut, proses pengukuran ini telah dijalankan dengan sangat lancar. Anggaran secara kasar terhadap ukuran produk kami juga telah dibuat.

            Selain itu, kami juga telah membuat tinjauan di Kolej Tun Syed Nasir untuk mendapatkan pendapat warga kolej terhadap produk yang kami akan hasilkan. Dengan ini, kami dapat mengetahui tentang keperluan warga kolej dan seterusnya cuba sedaya upaya untuk membuat perubahan serta penambahbaikkan produk kami. Kami telah menghadapi masalah semasa membuat tinjauan di kolej. Disebabkan kebanyakan warga kolej sibuk dengan aktiviti masing-masing, kami telah menghadapi kesusahan semasa mencari warga kolej untuk menerima tinjauan kami. Tetapi, usaha tangga kerjayaan, akhirnya kami telah berjaya mencari beberapa warga kolej yang sudi menerima tinjauan kami. Ribuan terima kasih diucapkan atas kesudian warga kolej meluangkan masa untuk menerima tinjauan kami.

             Kesimpulannya, misi kami untuk minggu ini, iaitu membuat pengukuran dan anggaran ukuran produk serta tinjauan terhadap produk, telah berjaya diselesaikan atas kerjasama dan usaha ahli kumpulan ICARE.







BOLEH!
 BOLEH! 
BOLEH!

Disediakan oleh,
KHOO ZHENG YUAN >.<







Sunday, 22 March 2015

Refleksi: Daun Pisang Boleh Guna Ka?

        Dalam perbincangan kami pada minggu ini, semua ahli kumpulan kami sebenarnya sangat sibuk dan tidak dapat mencari masa untuk berkumpul bersama tetapi akhirnya kami masih dapat mencari satu masa singkat untuk membincangkan produk kami. Saya berasa kami semua macam boss besar, tiap-tiap hari terdapat meeting perlu kami hadir. Hal ini kerana sepuluh subjekt yang kami ambil pada semester ini, ada tujuh daripada sepuluh memerlukan kami membentuk pasukan dan membincangkan kerja-kerja tertentu. Susahlah kehidupan pelajar univeriti! 
         Perbincangan minggu ini bermula pada pukul tujuh malam tetapi hanya ketua kumpulan kami yang hadir pada masa yang tepat. Ini telah menunjukkan pelajar universiti sekarang tidak menepat masa dan janji, Saya berasa sikap ini tidak bagus dan jika kami ingin berjaya dalam kehidupan, kami mestilah menepat masa supaya kerja dapat dihabiskan dengan cepat dan kami juga boleh mendapat kepercayaan daripada orang lain serta tidak membazirkan masa orang lain. Saya berharap ahli kumpulan kami akan hadir perbincangan yang akan datang pada masa yang ditetapkan.
          Semasa kami berbincang, semua ahli kumpulan giat mengeluarkan pandangan dan idea mereka, Kami semua sangat mengambil berat terhadap produk ini dan kami juga mempunyai semangat kerjasana yang tinggi untuk berkerjasama dengan ahli-ahli lain untuk bersama-sama membincangkan isu-isu tertentu tentang produk kami. Kami percaya bahawa perpaduan tangga kejayaan. Sikap ahli-ahli kumpulan kami yang positif ini telah mempercepatkan dan melancarkan prosess perbincangan kami.
          Selain itu, ahli-ahli kumpulan kami juga bersikap terbuka kepada idea-idea yang berbeza-beza. Kami tidak menolak idea orang lain tanpa alasan tetapi kami membincangkan kebaikan dan keburukan idea tersebut dulu sebelum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak idea tersebut. Contohnya, apabila salah satu ahli kumpulan mencadangkan menggunaka daun pisang untuk menjadi bahan kami, walaupun idea ini  sangat tidak rasional, tetapi kami masih membincangkan dulu sebelum menolak idea tersebut. Hal ini memberi peluang yang sangat cukup untuk setiap orang supaya semua orang berhak mengeluarkan idea-idea mereka. Kami percaya bahawa idea yang bagus datang daripada banyak idea tidak kira idea bagus atau buruk.
          Perbincangan pada minggu ini adalah seronok dan gembira kerana kami sangat "enjoy" untuk bertukar-tukar pendapat kami dengan ahli-ahli kumpulan lain. Matlamat kami semua adalah sama, iaitu menjayakan produk kami untuk menyumbangkan kepada pelajar-pelajar KTSN ^_^


Daun Pisang Boleh Guna Ka?

          Selepas membuat keputuan yang terakhir untuk menentukan produk yang ingin kami hasilkan pada minggu lepas, kami meneruskan usaha kami untuk membincang dan mengkaji bahan-bahan serta alat-peralatan yang perlu digunakan untuk menghasilkan produk kami. Kami sangat bersyukur kerana idea produk kami telah diluluskan oleh lecturer dan hal ini telah memberi motivasi kepada pasukan kami untuk terus merealisasikan idea kami kepada produk yang nyata. Dalam perjumpaan kami pada minggu ini, kami telah membincangkan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan produk kami kerana selepas menentukan jenis bahan yang akan diguna, kami akan bermula untuk membuat kajian untuk memberi bahan-bahan tersebut.



 Pemilihan bahan-bahan yang akan digunakan dibincang dari segi praktikal, harga yang berpatutan, rupa bentuk yang menarik dan ketahanan untuk diguna. Sekali lagi saya menunjukkan reka bentuk produk kami di sini untuk menjelaskan bahan-bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan setiap bahagian dalam produk kami.


BAHAGIAN A:
Untuk Bahagian A, beberapa jenis bahan telah dicadangkan oleh ahili-ahli kumpulan kami. 
Antaranya ialah:

Bahan Pertama: Kanvas

















Kekuatan: -dapat kalis air

Kelemahan: -berat ( susah pasang, guna dan simpan)/ -tidak tembus cahaya ( macam mana baju akan kering jika pancaran cahaya matahari dihalang oleh Kanvas?)


Bahan Kedua: Pembalut buku

















Kekuatan: -tembus cahaya/ -permukaan yang lancar dan rata/ -nipis dan ringan (senang dipasang, diguna dan disimpan)/ -kalis air
Kelemahan: -mudah koyak (mungkin tidak dapat tahan hujan yang lebat)


Bahan Ketiga: Baju hujan



















Kekuatan: -tembus cahaya/ -nipis dan ringan/ -kalis air/ -tidak mudah dikoyakan
Kelemahan: -lembut


Bahan Keempat: Beg beras
Kekuatan: -kalis air/ -lebih keras dan tidak mudah dikoyakkan
Kelemahan : Saiznya kecil/ -hanya sebahagian tembus cahaya ( sebahagian telah dihalang oleh logo)


Bahan Kelima: Daun Pisang















Kekuatan: -mesra alam/ -jimatkan kos
Kelemahan: -Sebahagian kalis air sahaja/ -bentuk yang tidak tertentu dan kecil ( susah menjadikan produk kami yang bersegi empat)/ -mudah koyak/ -berisiko diambil oleh orang lain atau dirosakkan oleh serangga.

Idea ini( guna daun pisang) telah dibantahkan oleh hampir semua ahli kumpulan kami dan hanya satu ahli sahaja yang berkeras untuk menggunakan daun pisang dengan alasan iaitu daun pisang lebih mesra alam
tetapi daun pisang boleh diguna ka??!!

Keputusan terakhir : kami memilih pembalut buku atau baju hujan untuk menghasilkan bahagian A produk kami kerana ciri-ciri bahan-bahan tersebut lebih sesuai untuk mengelakkan baju-baju daripada terkena air.


BAHAGIAN B:




Selepas berbincang, kami membuat keputusan untuk sama ada membeli penyangkut yang serupa dengan apa yang kami nak ataupun membeli batang besi dan seterusnya membentukan ia kepada rupa penyangkut yang boleh muat dengan hujung produk kami supaya plastik adalah stabil semasa diguna untuk menutup baju. Hujung produk kami adalah batang besi yang sedia ada di tempat menyidai baju( batang besi itu diguna untuk menyambungkan tali-tali dan pelajar akan menyidai baju di atas tali). Oleh itu, saiz penyangut mestilah muat dengan saiz batang besi, tidak boleh bersaiz terlalu besar atau sebaliknya.


BAHAGIAN C:

Bahagian C adalah tempat untuk menyimpan plastik (bahan bagahian A). Plastik akan digulungkan di bahagian C dengan mengaplikasikan spring atau teori yang digunakan dalam Screen projector and measuring tape (untuk membolehkan plastic akan digulung secara automatic). Kami juga menyediakan satu backup plan, iaitu jika kami betul-betul tidak mampu menghasilkan aplikasi yang gulungkan plastic secara automatik, kami akan menukarkan produk kami kepada gulungan dengan tangan.

Untuk menghasilkan bahagian C, bahan yang kami cadangkan ialah sebarang benda yang berbentuk silinder seperti penyangkut toilet paper atau pun PVC pipe.


Yang penting untuk batang silinder ini ialah ia perlu berlubang di tengah supaya ada tempat untuk meletak penyangkut yang akan menempatkan bahagian C di bahagian D dengan stabil.


BAHAGIAN D:

Bahagian D ialah tempat untuk meyimpan bahagian C supaya plastic dilindungi apabila tidak digunakan. Dengan ini, plastic kami tidak mudah rosak dan boleh digunakan dengan lama. Bahagian D berbentuk segi empat tetapi salah satu permukaan adalah kosong supaya plastic dapat dikeluarkan dari sana.

Bahan yang kami cadangkan untuk bahagian D adalah seperti berikut:


Bahan pertama: kayu














Kekuatan: mudah membentuk segi empat dengan menguna paku/ -murah/ -keras san stabil/ -dapat dicat dengan pelbagai warna
Kelemahan: tidak tahan air (akan lembut dan tidak tahan lama lagi)


Bahan kedua: Papan plastic





















Kekuatan: boleh tahan air/ -ringan
Kelemahan: masih tidak tahu macam mana membentukan segi empat dengan mengunakan papan plastik kerana paku tidak boleh diguna.


Bahan ketiga: Bahan Splinting

















Kekuatan: -ketebalan dan penembusan boleh dipilih, keras dan tahan diguna/ -mudah dibentukkan
Kelemahan: -sangat mahal/ -mudah rosak selepas kena suhu yang tinggi seperti pancaran matahari
.

Bahan Keempat: Apa-apa bahan yang telah siap dihasilkan dalam pasaran dengan bentuk yang kami ingin

Kekuatan: -jimat masa dan teknik yang diperlu untuk memasang dan membentuk bahan


BAHAGIAN E:

Bahagian E merupakan penyangkut yang akan menstabilkan produk kami dengan menyangkut diding di tepi produk kami. Dengan ini, produk kami tidak akan jatuh ataupun gerak ke depan dan belakang. Untuk bahagian ini, kami masih tidak tahu lagi apa bahan yang sesuai digunakan. Ada orang yang mencadangkan kayu tetapi kayu susah dibentuk ke bentuk penyangkut seperti di reka bentuk produk kami. Ada orang yang mencadangkan besi ataupun plastik. Kata putus kami untuk bahagian E ialah kami akan pergi ke kedai dulu dan memilih bahan yang murah dan mudah dibentukkan. Jika kami mampu dapat rupa bentuk yang sedia ada adalah terbaik.


          Selepas membincangkan jenis bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan produk kami, ahli-ahli kumpulan bermula memberi pandangan mereka terhadap produk kami. Brainstorming telah dijalankan untuk menghasilkan idea dengan sebanyak mungkin dan soalan-soalan sentiasa dikeluarkan, dibincangkan dan seterusnya diselesaikan dalam perbincangan kami. Contohnya, kami menanya-tanya bahawa adakah air hujan akan bertakung di atas plastik kami? Inilah soalan yang tidak pernah saya fikir. Kami perlulah mencari penyelesaain supaya masalah ini tidak akan berlaku. Jika tidak, produk kami tidak akan menyenangkan pengguna produk kami tetapi menyusahkan mereka. kami juga membincangkan perkara-perkara yang perlu dijalankan kemudian.

Antara perkara-perkara tersebut ialah:

1.    Meminjam measuring tape untuk mengukur panjang dan lebar produk kami.
2.    Mencari bahan yang kami pilih di pasaran sedia ada dan bandingkan harga bahan-bahan.
3.    Mencari informasi melalui enjin carian google dan juga youtube untuk mencari cara mengulungkan bahan secara automatik.




          Kesimpulannya, kerjasama antara ahli kumpulan telah diberi dan banyak idea tentang bahan produk dikemukakan. Kumpulan kami akan berusaha untuk menjayakan produk ini dan membawa sumbangan kepada pelajar UKMKL.

disedialan oleh,
Eugene Huang Zhi Xian

Saturday, 14 March 2015

Clothes’ Saviour

Pengenalan:

Masalah: Ampaian yang terdapat dalam blok-blok kediaman di Kolej Tun Syed Nasir sedikit sebanyak telah medatangkan masalah kepada para mahasiswa mahasiswi UKM. Ampaian yang tidak tertutup itu menyebabkan baju yang disidai sering kali terkena titisan air dari baju yang disidai pada aras yang lebih tinggi. Selain itu, baju yang disidai pula sentiasa terdedah kepada air hujan apabila mahasiswa mahasiswi sedang mengikuti kuliah di fakulti.



Penyelesaian: Kumpulan iCare telah mencadangkan untuk mencipta satu produk yang dapat menyelesaikan masalah tersebut, iaitu Clothes’ Saviour. Produk ini membolehkan pengguna menutup baju yang disidai dengan satu lapisan plastik lutsinar (pembalut buku). Lapisan ini dapat mengelakkan baju yang disidai daripda terkena air dari aras yang lebih tinggi dan juga sedikit sebanyak daripda terkena air hujan. Bahan-bahan yang diperlukan termasuklah pembalut buku, kotak, cangkuk dan spring.


Objektif

i)                    Untuk memudahkan aktiviti menyidai baju.
ii)                   Bagi tujuan kebersihan dan kesihatan. Melindungi baju yang disidai daripada terkena                          sebarang titisan air dan juga tahi burung.
iii)                 Menyingkiran kerisauan para mahasiswa mahasiswi terhadap baju yang disidai supaya dapat              tumpukan perhatian semasa kuliah.
iv)                 Mengeratkan hubungan silaturahim sesama penghuni daripada aras yang berbeza.

Huraian Objektif

i)                    Untuk membolehkan mahasiswa mahasiswi menutup baju yang disidai supaya tidak tercemar             dengan apa-apa jua bahan
ii)                 Baju yang telah telah ditutup dengan Clothes’ Saviour akan terlindung daripada segala titisan             air hujan ataupun air baju. Hal ini dapat memastikan baju yang disidai tidak tercemar dengan               air yang kotor. Selain itu, Clothes; Saviour juga dapat memastikan baju yang disidai tidak                   akan terkena tahi burung ataupun kekotoran yang dating dari atas.
iii)              Clothes’ Saviour dapat melindungi baju yang disidai daripada terkena air hujan. Hal ini dapat               meringankan kerisauan para mahasiswa mahasiswi sewaktu kuliah. Dengan ini, tumpuan                     dapat disalurkan untuk megikuti kuliah.
iv)               Penghuni aras atas dan aras bawah dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan                             kurangnya pertengkaran antara penghuni aras atas dan aras bawah. Pertengkaran yang                         biasanya berpunca daripada titisan air baju aras atas kini telah diselesaikan.

Lokasi

Blok-blok kediaman Kolej Tun Syed Nasir

Perancangan Aktiviti

Perjumapaan antara ahli kumpulan akan diadakan pada setiap hari Rabu.

Tarikh
Aktiviti
4 Mac
Perjumpaan pertama dan kuliah bersama Pn. Fatin
11 Mac
Kemaskini idea
18 Mac
Cari informasi untuk produk seperti bahan
25 Mac
Perjumpaan dan kuliah. Kemaskini idea bersama Pn. Fatin. Tinjauan pendapat warga KTSN
1 April
Perjumpaan dan kuliah. Kemaskini idea bersama Pn. Fatin.
8 April
Kerja pengukuran dan tinjauan bahan produk
15 April
Perjumpaan dan kuliah. Membeli bahan produk.
22 April
Hasil dan uji prototaip
29 April
Hasil dan uji prototaip
6 Mei
Pembentangan
13 Mei
Pembentangan
20 Mei
Refleksi. Tutup dan cetak blog.
27 Mei
Hantar produk.




Disediakan oleh : Kenny Khoo Kenn Lee (A149192)
Disemak dan dikemaskini oleh : Nur Aifaa Zafiera (A151194)
Huang Zhi Xian (A148763)
Khoo Zheng Yuan (A150237)
Lim Ying Xin (A148548)
Loh Chiew Yin (A151273)
Ng Chew Sean (A149427)
Yong Pei Ee (A150401)