Clothes’ Saviour
Pengenalan:
Masalah: Ampaian yang
terdapat dalam blok-blok kediaman di Kolej Tun Syed Nasir sedikit sebanyak
telah medatangkan masalah kepada para mahasiswa mahasiswi UKM. Ampaian yang
tidak tertutup itu menyebabkan baju yang disidai sering kali terkena titisan
air dari baju yang disidai pada aras yang lebih tinggi. Selain itu, baju yang
disidai pula sentiasa terdedah kepada air hujan apabila mahasiswa mahasiswi
sedang mengikuti kuliah di fakulti.
Penyelesaian: Kumpulan
iCare telah mencadangkan untuk mencipta satu produk yang dapat menyelesaikan
masalah tersebut, iaitu Clothes’ Saviour. Produk ini membolehkan pengguna
menutup baju yang disidai dengan satu lapisan plastik lutsinar (pembalut buku).
Lapisan ini dapat mengelakkan baju yang disidai daripda terkena air dari aras
yang lebih tinggi dan juga sedikit sebanyak daripda terkena air hujan.
Bahan-bahan yang diperlukan termasuklah pembalut buku, kotak, cangkuk dan
spring.
Objektif
i)
Untuk
memudahkan aktiviti menyidai baju.
ii)
Bagi
tujuan kebersihan dan kesihatan. Melindungi baju yang disidai daripada terkena sebarang titisan air dan juga tahi burung.
iii)
Menyingkiran
kerisauan para mahasiswa mahasiswi terhadap baju yang disidai supaya dapat tumpukan perhatian semasa kuliah.
iv)
Mengeratkan
hubungan silaturahim sesama penghuni daripada aras yang berbeza.
Huraian Objektif
i)
Untuk
membolehkan mahasiswa mahasiswi menutup baju yang disidai supaya tidak tercemar dengan apa-apa jua bahan
ii) Baju
yang telah telah ditutup dengan Clothes’ Saviour akan terlindung daripada
segala titisan air hujan ataupun air baju. Hal ini dapat memastikan baju yang
disidai tidak tercemar dengan air yang kotor. Selain itu, Clothes; Saviour juga
dapat memastikan baju yang disidai tidak akan terkena tahi burung ataupun kekotoran
yang dating dari atas.
iii) Clothes’
Saviour dapat melindungi baju yang disidai daripada terkena air hujan. Hal ini
dapat meringankan kerisauan para mahasiswa mahasiswi sewaktu kuliah. Dengan
ini, tumpuan dapat disalurkan untuk megikuti kuliah.
iv) Penghuni
aras atas dan aras bawah dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan kurangnya pertengkaran antara penghuni aras atas dan aras bawah. Pertengkaran
yang biasanya berpunca daripada titisan air baju aras atas kini telah
diselesaikan.
Lokasi
Blok-blok kediaman Kolej
Tun Syed Nasir
Perancangan Aktiviti
Perjumapaan antara ahli
kumpulan akan diadakan pada setiap hari Rabu.
Tarikh
|
Aktiviti
|
4 Mac
|
Perjumpaan pertama dan
kuliah bersama Pn. Fatin
|
11 Mac
|
Kemaskini idea
|
18 Mac
|
Cari informasi untuk
produk seperti bahan
|
25 Mac
|
Perjumpaan dan kuliah.
Kemaskini idea bersama Pn. Fatin. Tinjauan pendapat warga KTSN
|
1 April
|
Perjumpaan dan kuliah.
Kemaskini idea bersama Pn. Fatin.
|
8 April
|
Kerja pengukuran dan
tinjauan bahan produk
|
15 April
|
Perjumpaan dan kuliah.
Membeli bahan produk.
|
22 April
|
Hasil dan uji
prototaip
|
29 April
|
Hasil dan uji
prototaip
|
6 Mei
|
Pembentangan
|
13 Mei
|
Pembentangan
|
20 Mei
|
Refleksi. Tutup dan
cetak blog.
|
27 Mei
|
Hantar produk.
|
Disediakan oleh : Kenny Khoo Kenn Lee (A149192)
Disemak dan dikemaskini oleh : Nur Aifaa Zafiera (A151194)
Huang Zhi Xian (A148763)
Khoo Zheng Yuan (A150237)
Lim Ying Xin (A148548)
Loh Chiew Yin (A151273)
Ng Chew Sean (A149427)
Yong Pei Ee (A150401)
No comments:
Post a Comment