Sunday, 22 March 2015

Refleksi: Daun Pisang Boleh Guna Ka?

        Dalam perbincangan kami pada minggu ini, semua ahli kumpulan kami sebenarnya sangat sibuk dan tidak dapat mencari masa untuk berkumpul bersama tetapi akhirnya kami masih dapat mencari satu masa singkat untuk membincangkan produk kami. Saya berasa kami semua macam boss besar, tiap-tiap hari terdapat meeting perlu kami hadir. Hal ini kerana sepuluh subjekt yang kami ambil pada semester ini, ada tujuh daripada sepuluh memerlukan kami membentuk pasukan dan membincangkan kerja-kerja tertentu. Susahlah kehidupan pelajar univeriti! 
         Perbincangan minggu ini bermula pada pukul tujuh malam tetapi hanya ketua kumpulan kami yang hadir pada masa yang tepat. Ini telah menunjukkan pelajar universiti sekarang tidak menepat masa dan janji, Saya berasa sikap ini tidak bagus dan jika kami ingin berjaya dalam kehidupan, kami mestilah menepat masa supaya kerja dapat dihabiskan dengan cepat dan kami juga boleh mendapat kepercayaan daripada orang lain serta tidak membazirkan masa orang lain. Saya berharap ahli kumpulan kami akan hadir perbincangan yang akan datang pada masa yang ditetapkan.
          Semasa kami berbincang, semua ahli kumpulan giat mengeluarkan pandangan dan idea mereka, Kami semua sangat mengambil berat terhadap produk ini dan kami juga mempunyai semangat kerjasana yang tinggi untuk berkerjasama dengan ahli-ahli lain untuk bersama-sama membincangkan isu-isu tertentu tentang produk kami. Kami percaya bahawa perpaduan tangga kejayaan. Sikap ahli-ahli kumpulan kami yang positif ini telah mempercepatkan dan melancarkan prosess perbincangan kami.
          Selain itu, ahli-ahli kumpulan kami juga bersikap terbuka kepada idea-idea yang berbeza-beza. Kami tidak menolak idea orang lain tanpa alasan tetapi kami membincangkan kebaikan dan keburukan idea tersebut dulu sebelum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak idea tersebut. Contohnya, apabila salah satu ahli kumpulan mencadangkan menggunaka daun pisang untuk menjadi bahan kami, walaupun idea ini  sangat tidak rasional, tetapi kami masih membincangkan dulu sebelum menolak idea tersebut. Hal ini memberi peluang yang sangat cukup untuk setiap orang supaya semua orang berhak mengeluarkan idea-idea mereka. Kami percaya bahawa idea yang bagus datang daripada banyak idea tidak kira idea bagus atau buruk.
          Perbincangan pada minggu ini adalah seronok dan gembira kerana kami sangat "enjoy" untuk bertukar-tukar pendapat kami dengan ahli-ahli kumpulan lain. Matlamat kami semua adalah sama, iaitu menjayakan produk kami untuk menyumbangkan kepada pelajar-pelajar KTSN ^_^


No comments:

Post a Comment